KUCHING: Beberapa pemain terbaik remaja Sarawak tidak menyertai Kejohanan Tenis Kumpulan Umur Sarawak pada tahun ini kerana meny-ertai pertandingan di luar negeri.
Pemain SUKMA XVII, Rohaizat Achop Borhan kini berada di Manila bertanding pada Sukan Sekolah Asean manakala Muhammad Aiman Hamdan menyertai kejo-hanan PTBS di Miri.
Pemain lain kebiasaannya bertanding pada kejohanan di Perlis, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Menurut penasihat kejo-hanan, Datuk Patrick Liew majoriti peserta adalah muka-muka baharu dan kejohanan itu menjadi landasan terbaik untuk mereka meraih pen-galaman berharga.
“Ia juga menjadi landasan terbaik untuk kita mencung-kil dan mengenal pasti bakat-bakat baharu untuk dilatih menjadi pemain-pe-main berkaliber dan mewakili Sarawak di peringkat kebang-saan dan antarabangsa,” ka-tanya di sini semalam.
Patrick yang juga Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) berkata, kejohanan ta-hunan anjuran SLTA itu juga menjadi sebahagaian daripada program pembangunan tenis di negeri ini.
“Kebanyakan pemain re-maja manjalani latihan secara kerap namun ramai tidak ber-peluang menyertai kejohanan ini, justeru menjadi landasan bagi mereka mengasah bakat sedia ada.
“Di Kuching, kita mem-punyai kejohanan bulanan namun kita mahu pemain-pemain membiasakan diri menyertai kejohanan lain bagi meningkatkan kekuatan men-tal mereka,” tambahnya.
Kejohanan Kumpulan Umur Sarawak berjaya me-narik penyertaan seramai 16 pemain yang bersaing bagi memburu kejuaraan dalam kategori lelaki bawah 18, 14, 10 dan wanita bawah 14 tahun.
Perlawanan bermula se-malam di gelanggang tenis SLTA.