
TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta Kem Badminton Astro (KBA) dan Akademi Badminton Li Yongbo bersama barisan jurulatih.
KUCHING: Seramai 30 orang peserta lelaki dan wanita berumur antara 10 dan 12 tahun memulakan perjalanan untuk menjadikan badminton sebagai kerjaya sukan pilihan pada November lalu.
Para peserta terpilih daripa-da program Kem Badminton Astro (KBA) anjuran Astro Kasih itu telah ke Akademi Badminton Li Yongbo di Dongguan, China untuk men-jalani kem latihan intensif selama dua minggu di bawah kendalian Tang Xianhu iaitu seorang jurulatih badminton terkenal yang melatih ramai jaguh badminton di China.
Ketika di China, para pe-serta berjaya menambah baik corak permainan dengan pel-bagai teknik badminton baha-ru dipelajari dan peningkatan tahap kecergasan atas senaman fizikal yang dijalankan.
Lebih penting mereka menikmati setiap detik di sana dan turut berkenalan dengan ramai rakan baharu yang berkongsi impian dan as-pirasi untuk lebih maju dalam sukan badminton.
Pengarah Hal Ehwal Komu-niti Astro, Datuk David Yap berkata badminton merupakan sukan popular di Malaysia dan sangat komited memupuk gen-erasi muda jagoan badminton dunia sejak peringkat awal.
“China telah melahirkan ramai jaguh badminton dunia. Oleh itu, kami percaya melalui program latihan selama dua minggu di bawah kendalian barisan jurulatih profesional di Sekolah Badminton Li Yongbo ini memberi pen-galaman berharga buat para peserta.
“Kami akan berhubung dengan barisan jurulatih dan peserta untuk mendapatkan maklum balas daripada mere-ka bagi menambah baik Kem Badminton Astro ke peringkat seterusnya,” katanya.
Ketua Jurulatih Kem Bad-minton Astro, Wong Choong Hann berkata peserta Kem Badminton Astro dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran latihan yang berbeza di China. Mereka didedahkan dengan kaedah latihan baharu dan merupakan pengalaman berharga.
“Saya harap semua peserta menggunakan pengalaman diperolehi ini meningkatkan komitmen, disiplin, latihan dan menetapkan matlamat mereka untuk menjadi jaguh badminton dunia seterusnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Juru-latih Sekolah Badminton Li Yongbo, Xiao Jie melahirkan rasa gembira dengan minat mendalam pelatih Malaysia bukan sahaja di gelanggang malah komitmen sama di-tunjukkan semasa sesi latihan di luar gelanggang antaranya latihan mendaki gunung men-ingkatkan stamina dan kecer-gasan.
Kem Badminton Astro di China turut menyenaraikan beberapa peserta sebagai penerima anugerah pemain terbaik.
Kok Jing Hong (12, Kedah) telah menerima anugerah Pe-serta Terbaik Lelaki, Valeree Siow Zi Xuan (12, Perak) pula sebagai Peserta Terbaik Wanita.
Poopathi Velayutham, 10, dari Kedah dianugerahkan sebagai Pemain Harapan Lelaki, sementara Cheah Wen Jun (12, Pulau Pinang) dipi-lih sebagai Pemain Harapan Wanita.
Kok Jing Hong berkata, beliau sangat berbesar hati dengan penganugerahan ini dan memotivasikannya untuk berlatih dengan lebih gigih bagi meningkatkan kema-hiran seperti ‘net shot’, ‘sliced smash shot’ dan pergerakan kaki.
“Saya telah me-letakkan impian untuk menyertai Sekolah Badmin-ton Li Yongbo dan sedang berusaha bersungguh-sung-guh untuk mere-alisasikan impian itu,” katanya.
Joden Atom John dari Sarawak berkata kaedah latihan diamal-kan di China sangat unik dan memberi peluang kepadanya mempelajari pelbagai teknik bertaraf dunia dan barisan juru-latih mengambil berat terhadap setiap pe-main.
Bagi Poopathi, pengalaman yang diper-olehi di China membuka ma-tanya terhadap standard bad-minton di peringkat dunia dan mendorong beliau berusaha lebih kuat dalam memper-baiki permainannya.
Program Kem Badmin-ton Astro adalah projek usaha sama di antara Astro Kasih, Kementerian Pen-didikan, Kementeri-an Belia dan Sukan, Persatuan Bad-minton Malaysia (BAM) dan Se-kolah Badminton Li Yongbo.