Anda di sini

Pemuda UMNO gerak anggota kumpul maklumat aktiviti haram di Pulau Pinang

Advertisement

GEORGE TOWN: Pergera-kan Pemuda UMNO Pulau Pinang menggerakkan anggotanya untuk mengumpul maklumat dan bukti berhubung kewujudan aktiviti perjudian, pelacuran dan pusat hiburan tidak berlesen di negeri ini.

Ketua Pemudanya Rafizal Abdul Rahim berkata semua maklumat berkaitan aktiviti haram itu akan diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang minggu depan sebelum dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata laporan media dan statistik yang dikeluarkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi jelas menunjukkan dakwaan tentang kegiatan haram itu benar-benar berlaku di negeri ini seperti dibangkitkan Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

“Tetapi kami mahu Lim menyahut cabaran iaitu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri jika Pemuda UMNO dapat membuktikan bahawa wujud aktiviti berkenaan di Pulau Pinang,” katanya di sini semalam.

Rafizal berkata demikian bagi mengulas laporan tentang perbahasan Mohd Zaidi pada Perhimpunan Agung UMNO Jumaat lepas oleh sebuah portal berita online yang menyebut Mohd Zaidi dalam ucapannya itu mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.

Rafizal berkata Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak dibendung dengan serius ia akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat.

“Kami juga bersedia be-kerjasama dengan menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk membanteras aktiviti perjudian, pelacuran dan pusat hiburan tidak berdaftar di negeri ini,” kata- nya. — Bernama

Advertisement