Anda di sini

G Builders jaguh badminton veteran

Advertisement

KUCHING: G Builders mengungguli kejohanan Badminton Trofi Cabaran Motorkon Veteran di Dewan Persatuan Badminton Bumiputera selepas mengalahkan Patma A dengan 2-1 pada perlawanan akhir.

Lim Poh Chiang dan Chua Yam Phuan memberikan mata pertama kepada G Builders dalam beregu pertama dengan mengalahkan Klana Ali Hassan dan Kamil Ibrahim dengan 21-17,21-10.

Beregu kedua, Zamahari Eddie dan Awang Ahmat mewakili D Builders kalah set pertama 18-21 kepada Tan Huang Hui dan Mohd Talip Nuari tetapi bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-11.

Tan dan Talip bagaimanapun kalah 17-21 pada set penentuan.

G Builders layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Gemilang 2-0 manakala Patma A menewaskan Polis 2-0 dalam separuh akhir.

Pusingan kelayakan, G Builders memenangi semua perlawanan dalam Kumpulan A dengan empat mata manakala Patma A mengungguli Kumpulan C.

Juara menerima trofi cabaran dan wang tunai RM2,000 manakala tempat kedua membawa pulang wang tunai RM1,000.

Polis dan Gemilang yang kalah pada separuh akhir masing-masing menerima RM400.

Dianjurkan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS) dari 28 hingga 30 November, pertandingan itu membolehkan pemain veteran terlibat acara kompetitif dan mengeratkan hubungan.

Turut mengambil bahagian Kaspa A, Kaspa B, Sarakup Siol, Patma B, KBS Lundu dan Rimo.

Advertisement