Anda di sini

Azmin akui kerajaan Selangor gagal tunaikan manifesto

Advertisement

Tawaran Biasiswa Menteri Besar tidak pernah dibincang

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam mengakui bahawa kerajaan negeri belum menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.

“Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.

“Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam per-bincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.

“Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya,” katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Yeo bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU lepas.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 dilaporkan berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) meminta kerajaan Selangor menyedia-kan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina pertama di negeri ini.

“Cadangan pembinaan ini adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim Cina Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya Cina.

“Ia juga perlu bagi meng-elak salah faham pihak tertentu bahawa Islam itu bagi kaum Melayu sahaja,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang DUN Selangor itu.

Mohd Shafie berkata ne-geri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan telah pun  mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyara-kat Cina Muslim di negeri ini. — Bernama

Advertisement