Anda di sini

Semua mangsa banjir di Jasin dibenar pulang pagi semalam

Advertisement

JASIN: Sebanyak 135 orang daripada 30 keluarga yang dipindahkan setelah rumah mereka di Bukit Senggeh, Selandar dan Pondok Kempas di sini dilanda banjir tengah malam kelmarin, telah dibenarkan pulang pagi ini berikutan air telah surut.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Jafri Mohamed berkata mereka yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di Balai Raya Bukit Senggeh, Balai Raya Selandar, Sekolah Kebangsaan Selandar dan Masjid Al-Hasanah dibenar pulang jam 8 pagi semalam.

“Banjir berlaku berpunca dari hujan lebat menyebabkan air yang banyak bergerak dengan laju dan juga faktor sungai yang kecil,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Jafri berkata sebuah tebing di Jalan Dahlia 6, Taman Bunga Raya, Melaka Tengah runtuh berikutan hujan lebat lewat petang semalam.

“Sepanjang pemerhatian kita sehingga hari ini (semalam), masih berlaku pergerakan tanah dari tebing tersebut yang berketinggian 30 meter. Bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersedia jika sebarang bencana berlaku,” katanya. — Bernama

Advertisement