Anda di sini

Pokok ditebang di kawasan tanah runtuh Kampung Panchor

Advertisement

SEREMBAN: Berikutan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan Rumah Rakyat Kampung Panchor di sini Rabu lepas, aktiviti menebang pokok dilakukan semalam.

Ia diambil bahagian anggota bomba dan penyelamat, tentera, RELA, Jabatan Pertahanan, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Seremban.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata langkah menebang pokok diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku seperti kecederaan serta kemalangan jiwa dalam kalangan penduduk.

“Sepatutnya aktiviti ini dimulakan semalam (kelmarin) namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia dimulakan pagi ini (semalam) sehingga selesai ditebang kesemua pokok. — Bernama

Advertisement