Anda di sini

KERIS A muncul juara boling MAKSAK

Advertisement

KUCHING: Pasukan Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak (KERIS) A menjuarai Kejohanan Boling MAKSAK Bahagian Kuching 2014 anjuran Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak di sini semalam.

Pasukan tersebut mendapat jatuhan tertinggi iaitu sebanyak 2516 mata berbanding pasukan tempat kedua, Bandarayaku dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebanyak 2501 mata.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak dengan jatuhan sebanyak 2490 mata.

Sebanyak 20 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta bertanding pada kejohanan itu.

Para pemenang menerima piala, pingat dan hamper yang disampaikan oleh Residen Bahagian Kuching, Zamhari Saidi.

Advertisement