Anda di sini

UPSR 2014: 36,304 dapat semua A, pencapaian keseluruhan menurun

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013.

GPN pada tahun 2013 ialah 2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa meng-umumkan analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA semalam, berkata calon yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah seba-nyak 36,304 orang.

Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan.

Pencapaian itu juga menurun sebanyak 1.26 peratus berbanding 2013 yang mencatatkan 42,646 calon mendapat keputusan cemerlang semua gred A, katanya.

Di SARAWAK, sebanyak 1,862 calon berjaya mencapai keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka, menurun 0.08, peratus berbanding 1,916 orang pada tahun lepas.

Pengarah Pendidikan Ne-geri Serina Sauni berkata jumlah sekolah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan bagaimanapun meningkat kepada 116 buah sekolah berbanding 84 buah sekolah tahun lepas.

Sementara itu, di TERENGGANU, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Mohammed Embong berkata pencapaian GPN negeri me-ningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14 berbanding 2.20 pada tahun 2013, dan jumlah ini mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 2.29.

Bagaimanapun jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.90 peratus atau 476 calon berbanding tahun lepas.

Tahun ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10 peratus  yang berjaya memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas, katanya  semasa mengumum-kan analisis keputusan UPSR negeri itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

“Berdasarkan analisis yang dibuat, faktor utama penurunan pencapaian calon mendapat semua A adalah disebabkan oleh pencapaian mata pelajaran Sains yang 1,286 orang atau 55.70 peratus murid gagal mendapat A, bermakna mereka memperoleh 4A 1B,” katanya.

Sementara itu sebanyak 49 daripada 377 sekolah di ne-geri itu berjaya memperoleh peratus semua A, dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.23, katanya.

“Bagaimanapun, pencapai-an keputusan UPSR pada tahun ini adalah terbaik dalam tempoh 14 tahun dari segi pencapaian Baik (minimum C bagi semua mata pelajaran) dan menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian Gred Purata (GP),” katanya,

Di KELANTAN, penca-paian keputusan UPSR mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mendapat GPN sebanyak 2.16 mata.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata pencapaian GPN negeri itu menyamai pencapaian tahun lepas.

Sebanyak 3,600 calon negeri atau 11.15 peratus daripada 31,987 calon yang menduduki UPSR tahun ini, memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil, katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR negeri itu di Kota Baharu.

Di PERAK, sebanyak 2,847 atau 7.6 peratus daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR lulus cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Mohd Idris Ramli berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49 peratus tahun lepas.

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 1,833 atau 10.5 peratus daripada 17,510 calon yang menduduki UPSR 2014 mencapai keputusan penuh 5A atau 7A.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pkharuddin Ghazali berkata dalam penguasaan semua A, jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar berkurangan daripada 4.4 peratus kepada 3.5 peratus.

Di SABAH, pencapaian pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR meningkat 0.14 peratus iaitu sebanyak 1,231 daripada 44,427 calon.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa dari segi GPN juga pencapaian calon UPSR Sabah meningkat dengan mencatat 2.71, berbanding 2.76 tahun lalu, dan adalah yang terbaik berbanding pencapaian dalam tempoh lima tahun.

Di JOHOR, jumlah pelajar yang mendapat semua A menurun 1.12 peratus berbanding tahun lepas dengan 4,811 pelajar catat keputusan cemerlang.

Sementara itu di SELANGOR, jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang menurun sebanyak 1.63 peratus berbanding tahun lepas dengan hanya  6,593 calon atau 7.76 peratus daripada 85,392 calon cemerlang.

Pengarah Pendidikan Ne-geri Zainuren Mohd Nor berkata GPN Selangor turut merosot 0.04 peratus kepada 2.22 peratus tahun ini berbanding 2.18 peratus lebih kecil tahun lepas.

Di KUALA LUMPUR, jumlah pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.88 peratus dengan hanya 1,681 calon yang mendapat keputusan tersebut berbanding 2,108 calon tahun lepas, menurut Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Datin Nawal Salleh.

Beliau berkata dari segi GPN juga menurun sebanyak 0.05 mata iaitu 2.21 pada tahun ini berbanding 2.16 tahun lepas.

Di KEDAH, peratus kelulusan keseluruhan meningkat sebanyak 2.19 peratus  dengan 2,831 daripada 34,623 calon UPSR memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Kedah, Datin Azuyah Hassan berkata GPN pula menurun kepada 2.29 berbanding 2.27 tahun lepas.

Di MELAKA, pencapaian keseluruhan calon UPSR sedikit merosot dengan GPN 2.15 berbanding 2.13 tahun lepas.

Pengarah Pendidikan Melaka Datuk Md Rashid Hussin berkata pencapaian cemerlang turut menurun sebanyak 9.21 peratus, iaitu hanya 1,242 calon daripada 13,714 calon pelajar berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Bagi PAHANG, sebanyak 2,257 calon atau 9.22 peratus daripada 24, 491 calon yang menduduki UPSR mendapat keputusan cemerlang semua A, iaitu menurun 1.92 peratus berbanding tahun lepas apabila 2,791 calon mendapat semua A, kata Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd Razali Mustafar.

Faktor penurunan pelajar mendapat 5A adalah kerana subjek Sains yang dikatakan agak sukar berbanding tahun lepas, katanya.

“Kami dapati sebanyak 1,169 pelajar tidak mendapat 5A sebab mendapat B untuk subjek Sains dan berdasarkan analisis awal dikatakan soalan subjek tersebut memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dan ini memerangkap pelajar daripada mendapat keputusan cemerlang,” kata-nya. — Bernama

Advertisement