Anda di sini

Sertai Cabaran Veteran 9S Axis Petra Jaya 13-14 Dis

Advertisement

KUCHING: Kelab Bola Sepak Axis Petra Jaya dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) akan menganjurkan pertandingan bola sepak Cabaran Veteran 9 Sebelah Axis Petra Jaya pada 13 dan 14 Disember bertempat di Padang D.

Pengerusi Futsal Bahagian Kuching, Iswandi Ali Hassan berkata kejohanan itu terbuka kepada peserta berusia 40 tahun ke atas dengan setiap pasukan hanya boleh menyenaraikan dua pemain berusia 39 tahun.

Yuran penyertaan berjumlah RM350 bagi setiap pasukan dan tarikh tutup pada 9 Disember.

Juara bakal menerima RM1,000, naib johan RM800 manakala tempat ketiga bersama RM300.

Untuk maklumat lanjut hubungi Zulkarnain Poasa (012-8496477) dan Idris Untong (014-5765089).

Advertisement