Anda di sini

Banteras militan: Kerajaan rayu sokongan rakyat

Advertisement

Undang-undang baharu kini dicadang, tetapi rakyat perlu ada kesedaran elak terpengaruh aktiviti IS

KUALA LUMPUR: Kera-jaan semalam merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideo-logi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, berharap mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.

“Kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS.

“Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, terutama golongan belia dan ibu bapa, supaya menolak ideologi eks-trem yang boleh merosakkan masa depan kita semua,” katanya.

Najib berkata kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Dengan adanya undang-undang baharu itu, tindakan lebih berkesan boleh diambil dalam mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini, katanya.

“Ini sejajar dengan tindakan negara lain yang telah memperkenalkan dan memperkemaskan undang-undang antipengganasan sebagai jalan utama menangani ancaman pengganasan,” kata perdana menteri.

Najib berkata Kertas Putih itu juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Ke-salahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

Beliau berkata keamanan dan keharmonian yang Malaysia kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa Kertas Putih itu bertujuan men-dedahkan wajah sebenar IS yang bertopengkan Islam bagi mencapai cita-cita mereka kononnya untuk menubuhkan negara Islam mengikut acuannya.

Beliau berkata modus ope-randi perjuangan IS yang berakar umbi daripada kum-pulan militan Al-Qaeda, telah diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh masyarakat antarabangsa dan jumhur ulama-ulama arus perdana hari ini.

Katanya ideologi IS sebenarnya berlandaskan eks-tremisme dan keganasan yang bertentangan dengan pega-ngan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti menyalahtafsirkan konsep jihad, mengeksploitasi konsep hijrah, mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengannya, melakukan kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak serta menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sesiapa sahaja tanpa hak untuk membela diri.

Selain menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas, Najib berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid.

“Saya berasakan bahawa sebagai sebuah negara yang turut mempelopori pendiri-an wasatiyyah sebagaimana tuntutan ajaran Islam dalam semua aspek, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan fahaman eks-trem IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan Perlembagaan negara.

“Sehubungan ini, Malaysia akan mempertingkatkan usaha menjelaskan jihad yang sebenar serta memperbetulkan persepsi Barat yang kerap mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan bimbang kepula-ngan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara.

“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik pepera-ngan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian.

“Dengan kepakaran ketenteraan dan kemahiran membuat bom yang diperoleh di Syria, mereka berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam,” katanya.

Pada masa yang sama, Najib berkata kerajaan juga khuatir, mereka akan mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada dalam negara dan serantau seperti kumpulan Abu Sayyaf di kepulauan Mindanao, Filipina.

“Oleh kerana kawasan ope-rasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan me-ningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Setakat ini, terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.

“Sekiranya rangkaian IS berjaya wujud di Sabah, tidak mustahil ia akan merebak ke Sarawak sehingga menggugat keselamatan dan keharmonian pelbagai kaum di sana,” kata Najib.

Najib berkata semua lapisan rakyat perlu bersama-sama kerajaan menolak sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan ke-sejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Pada masa yang sama, beliau berkata Malaysia akan terus komited untuk bekerja-sama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, eks-tremisme, pengganasan dan militan. — Bernama

Advertisement