Anda di sini

20 jurulatih, pengajar taekwondo tamat kursus

Advertisement

KUCHING: Seramai 20 jurulatih dan pengajar dari pelbagai ahli gabungan Persatuan Taekwondo Sarawak (PTNS) menamatkan Kursus Sijil Tahap I Spesifik Taekwondo diadakan pada 22-26 November lalu.

Kursus selama lima hari itu anjuran bersama PTNS dan Taekwondo Malaysia (WTF).

Ia dikendalikan oleh Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Kurikulum Taekwondo Malaysia Krishnamoorthy, Pengerusi Lembaga Kejurulatihan Taekwondo Malaysia, Moi Chee Keong dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Solaimurugan Anandayah dan Vivekanandan K Ramiah.

Presiden PTNS, Mohd Salleh Sani merasmikan pembukaan program bertempat di Pusat Latihan Satok sambil dihadiri Timbalan Presiden PTNS, Datuk Lau Kueng Chai, Naib Presiden Huong Tuong Kuong, Pengerusi Lembaga Teknikal Sarawak, Tan Check Joon dan empat pensyarah merangkap pengajar/masters senior taekwondo dari Kuala Lumpur.

Mohd Salleh berkata, program seperti ini sangat penting bagi melatih dan melahirkan jurulatih dan tenaga pengajar berbakat.

“Selain itu, ia juga membantu meningkatkan pengetahuan mengenai taekwondo untuk digunakan bagi melatih ahli-ahli baharu pada masa akan datang,” jelasnya.

Advertisement