Anda di sini

Jom sertai futsal Piala X’Mas 2014

Advertisement

MIRI: Pasukan futsal tempatan dipelawa menyertai pertand­ingan Futsal Piala X’Mas 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember depan di Stadium Tertutup Miri.

Pertandingan itu adalah an­juran Kedai Sukan City Sport dan terhad kepada 64 pasukan terawal sahaja manakala hanya kategori lelaki terbuka sahaja yang dipertandingkan kali ini.

Penganjurnya, Lee Joon Siong berkata yuran penyer­taaan bagi pertandingan itu adalah RM150 manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Disember ini.

Katanya, pertandingan itu terbuka kepada semua warga Malaysia dan warga asing yang memiliki pasport yang sah.

Juara akan membawa pu­lang RM1000, piala dan medal manakala naib juara dan tem­pat ketiga menerima RM500 dan RM300 berserta piala dan medal iringan.

Cabutan undi akan dibuat pada 9 Disember di Stadium Tertutup Miri. Sebarang ket­erangan lanjut boleh meng­hubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085- 422333.

Advertisement