Anda di sini

Basikal: MSN Terengganu membuktikan kejaguhan

Advertisement

KUCHING: MSN Tereng­ganu membuktikan kejagu­han pada Sarawak Health Road Challenge apabila mengungguli acara ujian masa berpasukan.

Pasukan Pantai Timur membariskan lima pelumba terbaiknya mencatatkan 19 minit 1.9 saat selaku peme­nang.

Pencabar terdekat MSN Terengganu merupakan Team Viking yang menge­jutkan Team Corbusier.

Team Viking yang men­catat masa kedua terpan­tas dengan 19 minit 31.06 saat.

Tempat ketiga diraih Team Proucell Cycling yang mencatat masa 19 minit 49.03 saat untuk jarak 15km.

Team Corbusier seka­dar berpuas hati di tempat keempat dengan 19 minit 59.63 saat.

Corbusier membariskan pelumba seperti Yudhi Sugiharto, Supian Nor, Laurel Lauriedsen Adrian, Fito Prilanji dan Amirul Anwar Jafri.

Jurulatih Corbusier, Shai­ful Helmi berkata pasukan pantai timur itu amat kuat.

“Kita sedia maklum Ter­engganu adalah pasukan yang kuat dan kita juga tidak menjangka keputusan ini,” katanya.

Lima terpantas merupa­kan Team Saxon Racing dengan catatan masa 20 minit 24.78 saat.

Kategori antara agensi menyaksikan Universiti Malaysia Sarawak (UNI­MAS) mencatatkan 23 minit 36.97 saat selaku pemenang manakala Jabatan Pengang­kutan Jalan (JPJ) Sarawak kedua dengan perbezaan masa 0.77 saat.

Pasukan Berbasikal De­wan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di tempat ketiga selepas mencatat 23 minit 47.75 saat.

Advertisement