Anda di sini

Perahu Dandan Setia bakal menggegar Pesta Air Besaug

Advertisement

MUKAH: Perahu Dandan Setia bakal menjadi pertaruhan Othman Kudat, 64, dalam acara sukan air Pesta Besaug di Dalat pada 28 hingga 30 November ini.

Sukan air Besaug Dalat berlangsung di Sungai Batang Oya.

Selain dua buah perahu Dandan Setia, Othman turut mengetengahkan dua lagi perahu lain.

Perahu Dandan Setia mempunyai kapasiti 30 pekayuh yang turut serta dalam acara 30 pekayuh.

Acara lain yang turut disertai termasuk acara 15, 20 dan 25 pekayuh.

Menurut Othman, penyertaan dalam acara itu adalah untuk menaikkan nama Kampung Tellian, Mukah sebagai perkampungan membuat perahu bidar.

“Kali ini seramai 50 pekayuh muda dan berpengalaman akan terlibat,” katanya.

Kategori yang dipertandingkan termasuk 30 pekayuh lelaki, 25 pekayuh lelaki, 20 pekayuh lelaki, 15 pekayuh lelaki, 15 pekayuh wanita, 10 pekayuh lelaki, 10 pekayuh wanita, enam pekayuh lelaki, enam pekayuh wanita dan 25 pekayuh lelaki acara pecut.

Juara antara juara akan berlangsung pada hari terakhir pesta air tersebut.

Advertisement