Anda di sini

Paras air sungai kembali normal di seluruh Terengganu

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Paras air di dua sungai utama di Terengganu yang meningkat melepasi paras bahaya kelmarin telah menurun ke paras normal jam 4 petang semalam.

Menurut portal bencana e-Tindakan Terengganu semalam dua sungai itu ialah Sungai Chalok di Setiu dan Sungai Kuala Ping di Hulu Terengganu.

“Sungai Chalok (Setiu) semalam (kelmarin) mencatatkan 8.46 meter tetapi petang ini (semalam) telah menurun kepada 6.28 meter.

Manakala Sungai Kuala Ping (Hulu Terengganu) pula daripada 20.37 meter semalam menurun kepada 17.31 meter petang ini (semalam),” katanya.

Portal itu juga menyatakan pada umumnya semua paras air sungai di Terengganu petang ini berada di tahap normal. — Bernama

Advertisement