Anda di sini

Sultan Pahang tegas tidak tahu tentang surat kuning

Advertisement

Peneroka haram digesa henti aktiviti pertanian serta-merta

CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan semalam baginda tidak tahu-menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah: “Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya.

“Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, semalam.

Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.

Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa. Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan.

Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu.

Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta-merta aktiviti mereka ter-utama pertanian di Cameron Highlands.

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

“The illegal farmers are responsible for doing this continously…for ages they are responsible (for) the problem – from time to time…they are to blame,” (Peneroka haram bertanggungjawab, terus melakukan ini…untuk sekian lama mereka bertanggung-jawab…mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan perse-kutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri meng-atasi masalah tersebut.

“Saya merayu kepada kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang banyak peneroka haram terutama di Cameron Highlands kerana ia (Cameron Highlands) me-rupakan tempat pelanco-ngan,” titah baginda.

Baginda bertitah kegiatan penerokaan tanah haram telah berlaku sejak zaman British lagi.

“Saya sudah penat dengan semua ini. Mereka (peneroka haram) employ (guna) gangsters, saya tahu mereka ada duit,” ujar baginda.

Dalam lawatannya kira-kira dua jam itu, baginda turut mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kerja-kerja membaik pulih Sungai Bertam menerusi peruntukan kerajaan persekutuan.

Baginda dan Sultanah Hajah Kalsom yang menaiki heli-kopter tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 10 pagi semalam untuk lawatan kerja peribadi.

Baginda dijangka menghadiri taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata hari ini. — Bernama

Advertisement