Anda di sini

Pemilihan pemain Bintulu pada 20-21 November

Advertisement

BINTULU: Pemain-pemain berbakat di Bahagian Bintulu termasuk Belaga, Bakun, Sungai Asap, Suai, Sebauh dan Tatau dipelawa hadir pada sesi pemilihan pemain untuk membentuk skuad Bintulu bagi Piala Presiden Sarawak 2015.

Sesi pemilihan tersebut akan diadakan di Padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini pada 20 dan 21 November, jam 3 hingga 6 petang.

Bahagian Pembangunan Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) yang dipengerusikan oleh Mohd Tuah Ismail dalam kenyataannya di sini semalam berkata, sesi pemilihan untuk para pemain berumur di bawah 21 tahun itu bakal dihadiri oleh jurulatih-jurulatih daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Advertisement