GENTING HIGHLANDS: Kerja membersihkan tanah runtuh di Km4.2 Genting Highlands tengah malam kelmarin sedang giat dijalankan oleh pihak peng-urusan Genting.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati tanah runtuh itu menutupi jalan utama kira-kira empat kilo-meter menuju sehingga puncak Genting Highlands.
Kelihatan sebuah jentolak sedang mengangkut runtuhan tanah dan bongkah batu yang menutupi jalan.
Turut kelihatan sebuah jen-tera pasukan Bomba Genting Highlands ditempatkan di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.
Hanya dua lorong dibuka kepada pengguna untuk naik dan turun dengan dikawal polis bantuan Genting.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansur Mohd Nor me- laporkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah malam mengakibatkan ke-seluruhan jalan tiga lorong ke pusat peranginan itu ter-timbus. — Bernama