Anda di sini

Jabatan Imigresen buru ejen atau pelindung PATI di seluruh negara

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memburu mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara dan mereka yang menjadi ejen atau melindungi golongan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata pihak yang terbabit menggaji atau melindungi PATI secara haram harus tampil menyerah diri sebelum program pengampunan yang akan berakhir pada 31 Dis ini.

“Apa yang perlu majikan lakukan supaya menyerahkan PATI itu kepada imigresen secara sukarela…hukuman mereka (PATI) akan diringankan sama ada diberi kompaun atau dihantar balik ke negara asal,” katanya kepada pemberita selepas Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di Sentul Raya, di sini.

Dalam satu operasi selama dua jam bermula jam 9 malam kelmarin melibatkan 104 pegawai dan anggota dari Ibupejabat Jabatan Imigresen dan Cawangan Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 178 warga asing diperiksa. — Bernama

Advertisement