Anda di sini

300 nelayan di P.Pinang bakal disenarai hitam

Advertisement

BALIK PULAU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bakal menyenarai hitam 300 nelayan tidak aktif di negeri ini sekali gus menghilangkan kelayakan mereka untuk menikmati elaun sara hidup RM200 sebulan.

Pengarah LKIM Pulau Pinang, Raja Kahalid Raja Ariffin berkata sebilangan besar nelayan terlibat di-kesan mempunyai pekerja-an tetap lain serta tidak menghadiri mesyuarat persatuan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Semua nelayan diwajibkan hadir mesyuarat dengan persatuan empat bulan sekali dan perlu berhubung serta mengemas kini maklumat dengan LKIM negeri dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan elaun sara hidup kepada 900 nelayan di sini semalam.

Beliau berkata setakat ini kerajaan persekutuan memperuntukkan RM940,000 sebulan untuk membayar elaun sara hidup kepada 4,700 nelayan di seluruh Pulau Pinang.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Nordin Ahmad meminta nelayan agar menggunakan telefon pintar untuk menya-lur maklumat kepada pihak berkuasa bagi menangani pencerobohan nelayan pukat tunda.

“Saya minta nelayan rakam video dan gambar nombor bot pukat tunda terlibat berserta jarak mereka dari pantai supaya usaha mengesan penceroboh terbabit lebih mudah dilakukan.

“Biasanya nelayan buat aduan menerusi panggilan telefon. Bila pihak berkuasa sampai mereka sudah lari entah ke mana,” katanya.

Nordin berkata pihaknya menerima berpuluh-puluh aduan terutama daripada nelayan sekitar Teluk Kumbar dan Batu Maung me-nyatakan pendapatan mereka terjejas disebabkan masalah pencerobohan nelayan pukat tunda. — Bernama

Advertisement