Anda di sini

Kecederaan paksa Sarawak gugurkan Zamri, Azizan

Advertisement

KUCHING: Musim baharu Liga Malaysia bakal menyaksikan dua pemain Zamri Morshidi dan Azizan Saperi tidak lagi bersama Sarawak.

Kedua-dua dipercayai tidak disambung kontrak akibat masih belum pulih daripada kecederaan.

Keadaan itu sudah pasti kurang menggembirakan penyokong kerana kedua-dua pemain merupakan watak penting dalam pasukan.

Zamri pernah berkelana di Selangor PKNS sebelum dipanggil semula untuk menyarung jersi Ngap Sayot.

Penolong jurulatih Sarawak, David Usop berkata mereka berdua sah tidak bersama pasukan Ngap Sayot untuk musim depan.

“Inilah bola sepak. Kita tidak dapat setiap masa pada prestasi terbaik.

“Mereka berdua masih tidak dapat berlatih bersama rakan-rakan sepasukan lain,” katanya di sini kelmarin.

Seorang lagi pemain, Daglish Papin Test masih belum diketahui nasibnya dan kini masih bersama pasukan.

Difahamkan beberapa pasukan Liga Malaysia berminat untuk mendapatkan khidmat Zamri.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kesasihan mengenai perkara itu.

Advertisement