Anda di sini

Pemilihan skuad Piala Presiden di Miri pada 18-19 Nov

Advertisement

MIRI: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bawah 21 tahun untuk pasukan Piala Presiden Sarawak pada 18 dan 19 November ini di Stadium Miri.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri, Mohd Saif berkata pemain-pemain bawah 21 tahun yang berada di sini dan sekitarnya dipelawa datang beramai-ramai merebut tempat mewakili pasukan Piala Presiden Sarawak.

“Ini adalah satu peluang terbaik kepada pemainpemain muda untuk menguji kemahiran mereka dan sekiranya mereka terpilih akan menjadikan landasan mereka mengembangkan karier masing-masing,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, ramai pemain bola sepak muda di sini menyertai kejohanan futsal dan bola sepak justeru pemilihan itu mampu dijadikan medium untuk mereka melebarkan sayap dalam sukan bola sepak.

“Jangan hanya jadi jaguh kampung, jika mereka berbakat besar dan ingin menjadi pemain profesional maka mereka dicabar menghadiri sesi pemilihan nanti,” katanya.

Beliau memberitahu, ada kalangan pemain dari Miri pernah mewakili pasukan Piala Presiden dan Sarawak namun masih ramai pemain yang mampu digilap menjadi pemain profesional.

“Kita mensasarkan lebih ramai pemain dari Miri mewakili skuad elit kerana kita tahu masih ramai pemain berbakat di sini mampu menaikkan nama Sarawak dalam bola sepak seperti Joseph Kalang Tie,” tegasnya.

Keterangan lanjut sila menghubungi Setiausaha PBM, Muliadi Awang Mastri di talian 014-8944644 atau jurulatih Johnny (014-6599956) atau Safri (013-8079187).

 

Advertisement