Anda di sini

Warga emas Rumah Margaret Ugak dikunjungi tetamu cilik

Advertisement

Oleh Watt Zacchaeus //

DEKATI WARGA EMAS: Rombongan SJKC Shing Hua mengadakan sesi suai kenal dengan warga emas.

SEKOLAH Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shing Hua, Kanowit telah mengadakan program Lawatan Muhibah Warga Emas yang diterajui oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah di Rumah Margaret Ugak, Jalan Penyulau-Lukut di Kanowit, baru-baru ini.

Lawatan disertai seramai 26 murid yang terdiri daripada prasekolah hingga tahun enam sambil diiringi seramai 12 orang guru.

Program ini adalah selaras dengan objektif Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah diketengahkan sejak tahun 2011.

Hadir sama ialah Guru Besar SJKC Shing Hua Rita Lugom dan Tuai Rumah Margaret Ugak.

SELAMBA SAJA: Murid-murid tahun satu menghiburkan warga Rumah Margaret Ugak dengan persembahan mereka.

ERATKAN SILATURAHIM: Murid-murid berinteraksi dengan warga emas.

Advertisement