Anda di sini

Ramai dijangka saksikan final badminton Cabaran Antarabangsa Maybank Ahad ini

Advertisement

RANCAK: Aksi pemain beregu campuran negara Chee Tean Tan- Shevon Jemie Lai pada perlawanan pusingan pertama menentang peserta Chinese Taipei, Ko-Chi Chang-Szu Yu Chen semalam. Peserta negara menang mudah 21-9, 21-17.

KUCHING: Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Abdul Hadi Abdul Kadir menjangka kehadiran ramai penonton pada perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Kuching Malaysia Maybank 2014 pada Ahad, 16 November ini.

Ini kerana setakat ini jualan tiket untuk perlawanan final sangat menggalakkan, katanya.

“Peminat tertarik untuk menyaksikan perlawanan ini kerana ia disertai ramai pemain badminton terbaik kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Sebagai peminat, saya juga tidak sabar dan begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan akhir nanti,” katanya semalam.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata langkah keselamatan akan dipertingkatkan pada hari berkenaan kerana beberapa tetamu kehormat dijangka turut menyaksikan perlawanan itu nanti.

“Saya juga menye r u penonton agar datang awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas.”

Tambahnya, tiket adalah terhad dan mereka yang berminat untuk membeli boleh menghubungi 016- 8938952.

Cabaran Antarabangsa Kuching Malaysia Maybank 2014 yang bermula sejak 11 November lalu sedang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Advertisement