Anda di sini

Liga Futsal DUN Nangka pada 6-7 Disember depan

Advertisement

SIBU: Badan Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka (SSBSPN) akan menganjurkan Liga Futsal DUN Nangka 2014 pada 6 dan 7 Disember depan.

Kejohanan yang hanya terbuka kepada penyertaan dari Bahagian Sibu itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki Terbuka dan Lelaki Bawah 16 Tahun.

Yuran penyer taan bagi setiap pasukan ialah RM80 untuk kategori Lelaki Terbuka dan RM50 untuk Lelaki Bawah 16 Tahun.

Hadiah menarik menanti para pemenang kejohanan termasuk wang tunai berserta medal dan trofi bagi tempat pertama, kedua dan ketiga untuk setiap kategori.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Disember dan taklimat serta mesyuarat pengurus akan diadakan pada sebelah malamnya di No. 7H, Tingkat 1, Pusat Khidmat PBB, Jalan Bandung, Sibu.

Venue pertandingan ialah Gelanggang Futsal 1Malaysia, Jalan Kampung Nangka, Sibu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut serta untuk mendapatkan borang penyertaan boleh menghubungi Freddie Chua (014-586 3513), Junaidi Ahmad (013-812 2408), Khussuady Penyarang (012-858 8848), Edmund Chua (016-589 2883) dan Roslan Hashim (013-561 7177).

Advertisement