Anda di sini

Senheng dan senQ Digital Station tawarkan iPhone 6 & iPhone 6 Plus

Advertisement

Oleh Adriana Mroon Ambrose //

KUALA LUMPUR: Bagi peminat gajet di Malaysia yang telah lama menantikan kehadiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, penantian anda telah berakhir kerana Senheng dan senQ Malaysia kini telah mula menawarkan kedua-dua peranti canggih ini.

Dengan mengunjungi Senheng atau senQ Digital Station, anda berpeluang memiliki kedua-dua iPhone terbaharu ini pada kadar faedah serendah 1% melalui Skim Pembayaran Ansuran Mudah AEON ataupun pembayaran melalui Kad Kredit terpilih untuk IPP 0% selama 36 bulan.

Jika anda merupakan ahli PlusOne, anda juga layak mendapati jaminan tambahan selama satu tahun.

Senheng atau senQ Digital Station juga menyediakan tawaran PWP (pembelian dengan pembelian) yang menarik, khas untuk pelanggan Senheng & senQ. Pelanggan boleh mendapatkan sekeping Pelindung Skrin Berbentuk Kaca (bernilai RM109) dan Kabel Lightning Belkin (bernilai RM88) hanya pada harga RM169; ataupun sebiji Bank Bateri 8000MAH (bernilai RM179) dan pengecas kereta dual port USB Promate (bernilai RM69) pada harga RM199 sahaja.

Malah, pelanggan juga berpeluang untuk menukar beli telefon pintar iPhone 4s, iPhone 5 dan iPhone 5s dengan rebat sehingga RM756.

Kunjungilah ke Senheng atau senQ Digital Station ataupun melayari laman web www.senheng.com.my/www.senq.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Advertisement