Anda di sini

Sabah terdedah penaklukan negara lain jika keluar Malaysia

Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah terdedah kepada minat negara lain untuk menakluki negeri ini jika usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah negara, berjaya dilakukan.

Datuk Seri Nasir Tun Sakaran (BN-Senallang) tidak me-nolak kemungkinan minat negara lain terhadap Sabah masih wujud seperti sebelum pembentukan Malaysia dahulu.

“Pada masa akan datang, tidak mustahil minat itu (negara lain terhadap Sabah) masih mendalam. Malah, rasa ghairah kepada Sabah akan menyebabkan mereka (negara lain) menakluki negeri kita pula melalui ketenteraan dan pelbagai ke-kerasan lain.

“Justeru, janganlah kita bermain dengan isu sebegini (usaha bawa Sabah keluar dari Malaysia).

“Hanya kerana kepen-tingan peribadi seseorang atau sekelompok manusia, maka keharmonian dan ke-sejahteraan rakyat di negeri ini keseluruhannya akan tergadai,” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam.

Nasir membangkitkan hasutan golongan tertentu berhubung isu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia (SSKM).

Katanya rakyat harus bersyukur kerana berpeluang hidup dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Beliau mengakui pelbagai cabaran melanda Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang aman dan makmur.

Namun, negara tidak ke-tandusan pemimpin hebat yang sentiasa mengemudi negara, katanya.

Oleh itu, beliau berharap rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak, bijak menangani sentimen seperti yang dimainkan menerusi SSKM.

“Saya yakin rakyat semakin matang dan sedar bahawa bukan mudah untuk mengurus sebuah negara.

“Pengalaman selepas merdeka memberi banyak pe-ngajaran berguna bagaimana payahnya untuk membangun dan menjadikan Malaysia dari sebuah negara kecil bersumberkan pertanian kepada negara perindustrian yang maju dan berpendapatan tinggi,” katanya. — Bernama

Advertisement