Anda di sini

Perikanan Johor jamin tidak beri makanan terlarang untuk ikan

Advertisement

KLUANG: Jabatan Per-ikanan Johor memberi jaminan kegiatan penternakan ikan di negeri ini tidak menggunakan bahan kimia dan terlarang seperti babi.

Pengarahnya Munir Mohd Nawi berkata pihaknya sentiasa memantau kegiatan yang diusahakan kira-kira 1,000 penternak ikan air tawar dan air payau di negeri ini bagi memastikan hasil ternakan berkenaan bebas dari bahan larangan dan sensitif ber-kenaan.

“Di Johor belum ada laporan setakat ini mengenai kegiatan penternakan ikan yang menggunakan unsur bahan terlarang dan sensitif bagi tujuan makanan sama ada daging atau mengandungi DNA babi.

“Selain memantau, Jabatan Perikanan Johor juga sentiasa menganjurkan program ke-sedaran kepada penternak bagi memastikan ikan yang diternak berkualiti sekali gus mengelakkan persepsi tidak baik di kalangan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan penternak ikan negeri Johor, di Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini, semalam.

Beliau berkata hasil akua-kultur di negeri ini mencecah kira-kira 25,000 tan metrik tahun lepas dan permintaan ikan ternakan mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat ekoran cita rasa serta taraf hidup yang semakin meningkat.

Sementara itu, Munir berkata pihaknya akan memperkenalkan pasar malam ikan hiasan di Tampoi, Johor Baharu, mulai bulan depan bagi memasarkan ikan ber-kenaan dengan mudah dan berpatutan kepada orang ramai.

Katanya dijangkakan lebih 20 gerai ikan hiasan akan dibuka di pasar malam ber-kenaan yang merangkumi jualan beberapa spesies ikan terutamanya guppy.

“Untuk permulaan, pasar berkenaan akan dibuka sekali sebulan sebelum diteruskan setiap Sabtu setiap bulan. Ini memberi peluang pada peminat ikan hiasan membeli pada harga ladang,” katanya.

Menurut Munir, industri ikan hiasan di negeri ini yang bermula sejak 1980-an kini semakin berkembang pesat sehingga menjadi negeri pengeluar ikan hiasan utama di negara ini. — Bernama

Advertisement