Anda di sini

Mufti perlu keluarkan fatwa status MH370

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata inisiatif tersebut (fatwa) perlu diambil untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka kelak.

“Ramai datang kepada saya dan tanya apakah jalan penyelesaian untuk kekeliruan ini dan sampai bila ia perlu berterusan.

“Oleh itu, mana-mana kementerian atau mufti perlu dipanggil dan selesaikan masalah tersebut. Malah saya dimaklumkan dari MAS, bahawa status MH370 akan diisytiharkan menjelang hujung tahun ini.

“Jadi kita kena buat persiapan untuk waris anggota keluarga pesawat tersebut,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat semalam. — Bernama

Advertisement