Anda di sini

Dua ditahan terlibat dalam judi siber haram

Advertisement

KOTA KINABALU: Dua individu ditahan dan 27 buah komputer dirampas dalam serbuan di sebuah pusat perjudian siber haram di Jalan Ketiau, Tombovo Putatan.

Selain itu, serbuan kira-kira jam 11 malam Ahad lepas itu turut merampas wang tunai berjumlah RM113.

Operasi terbabit dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Difahamkan, ketika serbuan, kira-kira 15 orang yang berada di premis terbabit melarikan diri menggunakan pintu belakang selepas menyedari kehadiran polis.

Sebelum itu, polis terpaksa membunyikan loceng beberapa kali kerana pintu utama dan pagar besi premis berkenaan berkunci.

Selepas berjaya mengumpil pagar besi berkenaan, polis menahan dua individu iaitu lelaki berumur 25 tahun dan wanita berumur 23 tahun dipercayai sebagai pekerja premis itu untuk siasatan lanjut.

Advertisement