Anda di sini

Pasukan Inovatif Jiran Muda mampu tingkat daya kreatif belia

Advertisement

MELAKA: Pasukan Inovatif Jiran Muda diperkenalkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mampu meningkatkan daya kreatif golongan belia selain mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk menjana idea dalam kalangan warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi penganjuran aktiviti yang turut dapat memberi manfaat kepada golongan belia.

“Kita sering mendengar jabatan dan agensi kerajaan sahaja yang sering  mengadakan persembahan inovatif, jadi sudah sampai masanya KRT mewujudkan idea inovatif di kawasan masing-masing bagi mempertingkatkan lagi daya kreativiti golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pasukan  Inovatif Jiran Muda Peringkat Negeri Melaka di Taman Seri Duyong 2, di sini  semalam.

Kurup berkata setiap KRT di seluruh negara disaran mewujudkan pasukan  inovatif bagi membudayakan perpaduan dan menerapkan nilai murni dalam kalangan  masyarakat. — Bernama

Advertisement