Anda di sini

KKMM kumpul RM360,989.40 melalui SMS untuk sumbangan kepada Gaza

Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menyampaikan sumbangan berjumlah RM306,989 hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza, di Palestin.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah itu adalah hasil sumbangan yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) 13999 yang dilancarkan pada Ogos lepas.

“Ini adalah usaha kita yang ketiga sebelum ini kita pernah juga buat sumbangan untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina serta mangsa banjir di Terengganu dan Pahang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata cara itu dilihat lebih mudah untuk orang ramai menghulurkan derma selain menggalakkan lebih ramai memberi sumbangan.

Program TKKMM digerakkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile.

Terdahulu beliau menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar H. Al Agha. — Bernama

Advertisement