Penyelesaian menerusi cara menghukum pelajar yang terlibat bukan lagi pilihan praktikal: Rohani
KUALA LUMPUR: Guru kaunselor di setiap sekolah perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang kaunseling bagi membolehkan mereka menangani kejadian buli dalam kalangan pelajar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata penyelesaian menerusi cara menghukum pelajar yang terlibat bukan lagi pilihan praktikal, malah perlu disusuli dengan sesi kaunseling secara berterusan.
“Buli ini bukan sahaja me-libatkan fizikal, malah me-libatkan buli siber juga. Kita telah memberi latihan khas kepada kaunselor-kaunselor di sekolah untuk menangani masalah ini.
“Bukan sahaja hukuman yang diberikan, tapi khidmat nasihat perlu juga untuk tangani masalah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Seminar Kaunseling Syarie Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.
MoU itu bagi mewujudkan kaunseling berasaskan syarie sebagai langkah terbaharu membantu umat Islam menangani pelbagai masalah per-kahwinan dan kekeluargaan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Sabariah Hassan, Ke-tua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Ketua Pengarah LPPKN Datuk Siti Norlasiah Ismail.
Akhbar semalam melaporkan Maktab Mahmud Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook sejak kelmarin.
Video berdurasi lebih empat minit itu menunjukkan sembilan pelajar dipukul beramai-ramai lima pelajar lain di dalam bilik asrama dan menarik perhatian pengguna laman sosial yang mengutuk perbuatan berkenaan.
Mengenai memorandum persefahaman itu, Rohani berkata inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu juga akan memberi manfaat kepada kedua-dua agensi khususnya dalam perkongsian data, hasil penyelidikan, bahan penerbitan dan maklumat dalam kedua-dua masalah berkenaan.
“Ada banyak persamaan di antara JAKIM dan LPPKN dalam hal ini dan kita saling memerlukan, contohnya se-perti modul praperkahwinan yang dikeluarkan JAKIM, kami pun ada program sama iaitu Smart-Start.
“Selain itu, kita juga boleh berkongsi maklumat dan data berkaitan kadar penceraian dalam kalangan orang Islam,” katanya.
Jamil Khir pula berkata kaunseling berasaskan sya-rie perlu diwujudkan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil selepas sesuatu sesi kaunseling melibatkan orang Islam, adalah berasaskan kepada hukum-hakam dalam Islam.
“Kita jangan melihat ke-dua-dua kaunseling (syarie dan konvensional) ini secara terpisah.. (tetapi) ia akan mengangkat ruang untuk bertukar pendapat dan bagi orang Islam, setiap nasihat dan keputusan yang dibuat berlandaskan hukum-hakam Islam,” katanya. — Bernama