Anda di sini

Chang Chung Tyre A juara bola keranjang ‘3 on 3’ LSUS Sri Aman

Advertisement

TAHNIAH: Israk (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan tersebut, kelmarin.

SRI AMAN: Pasukan Chang Chung Tyre A muncul juara Pertandingan Bola Keranjang ‘3 on 3’ sempena Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di Stadium Mini di sini, kelmarin.

Dengan kemenangan itu, pasukan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 dan piala sekali gus mewakili Bahagian Sri Aman ke pertandingan sama peringkat negeri di Miri pada hujung minggu ini.

Sementara itu, naib johan disandang oleh pasukan Seng Wen Choun Ngee Hui dan tempat ketiga pasukan Chang Chung Auto Parts A.

Kedua-dua pasukan itu menerima hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100 dan piala.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman Mohd Israk Ismail.

Sebanyak sepuluh buah pasukan mengambil bahagian pada pertandingan tersebut yang berakhir semalam.

Advertisement