Anda di sini

LBS rai kakitangan, tetamu khas dalam ‘A Night in Shanghai’ bagi kerjasama baharu

Advertisement

RASMI: Kaunselor China bagi Hal Ehwal Malaysia, Gong Chun Sen (tiga kiri); Lim (empat kiri); Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob (lima kiri) dan Pengerusi LBS Bina Group Berhad Dato Seri Lim Bock Seng (enam kiri) bergambar kenangan selepas upacara perasmian Jamuan Tahunan LBS 2014.

PEMAJU hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) membuka peluang kepada para hadirin yang terdiri daripada tetamu khas dan kakitangan untuk mengalami suasana ‘Shanghai 20an’ sempena jamuan tahunannya.

Acara gemilang yang bertemakan ‘A Night in Shanghai’ ini merupakan sambutan kejayaan bagi LBS pada tahun ini dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkepentingan, rakan-rakan kongsi perniagaan, pihak pengurusan serta kakitangan.

Pengarah Urusan Dato Sri Lim Hock San memberitahu tahun 2014 telah dinamakan sebagai Tahun Persahabatan untuk memperingati ulang tahun ke-40 bagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Katanya, hubungan kerjasama antara kedua-dua kerajaan boleh diperlihatkan melalui forum MGCIP (Malaysia-Guangdong Chamber of Investment Promotion) yang dirasmikan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Datuk Seri Ong Ka Ting di Zhuhai pada 10 September lalu.

“Sebagai Presiden MGCIP, saya yakin bahawa pihak kami mampu mewujudkan platform dua hala supaya kedua-dua negara mampu menerokai peluang perniagaan yang lebih banyak,” ujar Lim.

Lim berkata, LBS sedar bahawa isu kemampuan memiliki rumah dan peningkatan harga rumah amat dititikberatkan oleh rakyat Malaysia.

“Justeru sebagai pemaju yang mengutamakan masyarakat dan tanggungjawab sosial, LBS akan meneruskan usahanya untuk membina rumah mampu milik yang berkualiti dengan mengambil kira faktor-faktor luaran seperti polisi pinjaman perumahan yang ketat, kadar faedah yang tinggi, peningkatan kos bahan pembinaan dan tanah, langkah penyejukan hartanah serta pencukaian GST sebanyak 6 peratus yang bakal dilangsungkan.

“Seiring dengan perkembangan kami yang semakin pesat di Malaysia, LBS akan melancarkan lebih 10 projek pembangunan dalam masa terdekat, kami juga turut membuka dua galeri jualan yang baharu di Cameron Highlands dan Kuantan.

“Pencapaian sebegini adalah amat mustahil tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak berkepentingan, rakan-rakan niaga, pihak pengurusan serta para kakitangan,” tambah Lim lagi.

Sepanjang 2014, budaya kecemerlangan yang menjadi tonggak LBS telah diikhtiraf melalui beberapa anugerah antarabangsa seperti the 2014 Alternative Investment Review (IAIR) Awards dan 2014 Asia Pacific Property Award (APPA).

Bersesuaian dengan tema jamuan tahunan, para hadirin telah menonjolkan diri dengan pakaian yang anggun serta menarik perhatian.

Mereka turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Janet Lee, Winnie Ho dan May Mow.

Ia juga merupakan satu malam yang istimewa bagi 120 hadirin bertuah yang berjaya memenangi hadiah lumayan melalui Cabutan Bertuah Istimewa serta Anugerah Kostum Terbaik.

Advertisement