Anda di sini

Gagal pulih, Sarawak gugurkan Salibasic

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil keputusan drastik menggugurkan penyerang dari Bosnia, Muamer Salibasic berkuat kuasa semalam setelah pemain itu gagal pulih daripada kecederaan dalam tempoh terdekat.

Presiden FAS Datu Sudarsono Osman dalam kenyataan akhbarnya semalam memberitahu keputusan tersebut dibuat setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

“Doktor pakar yang merawat Muamer telah memaklumkan kepada kita keputusan yang mengecewakan di mana beliau terpaksa berehat untuk tempoh yang lebih lama bagi memulihkan kecederaannya.

“Justeru, persatuan tiada pilihan melainkan terpaksa melepaskan beliau,” jelasnya.

Muamer mengalami kecederaan lutut yang agak serius ketika aksi pembukaan Liga Super 2014 menentang ATM pada Januari lalu.

Selain menjalani rawatan di Kuching, beliau turut diterbangkan beberapa kali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Bagi pihak pengurusan FAS, saya merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan Muamer kepada pasukan Sarawak,” tambah Sudarsono.

Bel iau juga berharap pemain itu dapat sembuh secepat mungkin agar dapat meneruskan kariernya di kelab baharu nanti.

Muamer menyertai Sarawak pada tahun 2013 dan menjadi watak penting dalam membantu pasukan tersebut menjuarai Liga Perdana pada tahun sama.

Sementara itu, Sarawak menguji dua pemain baharu dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Negeri petang semalam.

Penyerang dari Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar dan DRB-Hicom, Khairul Naim Mahyuddin tiba kelmarin untuk mencuba nasib memburu slot pemain import tempatan.

Faizal, 24, kelahiran Kedah, manakala Khairul, 26, berasal dari Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemain dilihat mempunyai kelebihan tersendiri, pantas dan mempunyai kawalan bola yang baik.

Setakat ini, 13 pemain mas ih dikekalkan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia pada musim depan.

Mereka ialah Mohd Fadzley Abdul Rahim, Muhammad Dzulfadli Awg Marajeh, Aidil Mohamad, Mazwandi Zakeria, Mohd Dzulazlan Ibrahim, Ashri Chuchu, Mohd Ha i rol Mokhtar, Rames Lai Ban Huat, Ronny Harun, Joseph Kalang Tie, Mohd Shahrol Saperi, Ryan Alan Griffiths dan Gabor Gyepes.

Dua pemain Piala Presiden, Shreen Tambi dan Florian Rison Laes turut diserapkan ke dalam skuad senior pada musim depan.

 

Advertisement