Anda di sini

ATM, PDRM berhak undi pada AGM pada 1 November, kata Abdullah

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhak untuk mengundi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2014 yang akan diadakan pada Sabtu, 1 November ini.

Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, ATM dan PDRM merupakan ahli gabungan FAS bersama 11 bahagian negeri iaitu Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Kapit, Limbang, Sibu, Miri, Sarikei, Mukah dan Bintulu.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan (Edisi 1998) Artikel 4.01(2)(a), setiap ahli gabungan boleh menghantar dua perwakilan untuk menghadiri AGM.

“Hak mengundi diletak di bawah Artikel 4.01(6)(a) di mana seorang daripada dua perwakilan ahli gabungan yang hadir berhak mengundi,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan tersebut dapat menjawab kekeliruan yang timbul daripada laporan akhbar tempatan sebelum ini di mana ATM dan PDRM tidak dibenarkan mengundi.

Tambahnya, semua ahli gabungan juga telah mengesahkan kehadiran pada AGM itu nanti.

 

Advertisement