Anda di sini

Premis judi atas talian diserbu, elektrik diputus

Advertisement

TIADA KOMPROMI: Kelihatan pekerja SESCo sedang memutuskan bekalan elektrik dari sebuah premis perjudian atas talian yang telah diserbu.

KUCHING: Tindakan memotong terus bekalan elektrik akan diambil terhadap mana-mana premis perjudian atas talian yang didapati masih beroperasi selain menahan pemilik premis berkenaan.

Semalam, sebuah lagi premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian tersebut di Jalan Ban Hock di sini diserbu dan sebanyak 43 unit komputer dirampas.

Difahamkan, serbuan pada jam 3 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Beberapa pekerja SESCo turut sama dalam serbuan berkenaan dan bertanggungjawab memutuskan bekalan elektrik di setiap premis yang didapati masih beroperasi.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 48 tahun berbangsa Cina untuk membantu siasatan.

Polis turut memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian atas talian untuk segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement