Anda di sini

Liow berlepas ke AS, Kanada berhubung tragedi MH17, MH370

Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kini berada di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bantuan berhubung dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) tahun ini.

USA Today melaporkan beliau akan mengunjungi Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat Anthony Foxx dan melawat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada, minggu depan.

Berhubung dengan Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Liow memberitahu media Amerika Syarikat itu bahawa operasi pencarian kini meliputi fasa laut dalam dan bantuan daripada AS diminta dalam konteks peralatan selanjutnya.

“Sekarang, kami memerlukan lebih peralatan untuk meninjau sama ada terdapat lebih banyak teknologi dan kepakaran untuk menjejaki pesawat,” kata beliau berhubung dengan operasi di Lautan Hindi bagi mengesan pesawat itu yang hilang bersama 239 orang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Semasa melawat ke ICAO, Liow dijangka memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sistem mengesan penerbangan untuk mengelak pesawat daripada hilang seperti Penerbangan MH370, menurut laporan itu. — Bernama

Advertisement