Anda di sini

Pekerja mati jatuh dalam jurang bersama traktor

Advertisement

LABUAN: Seorang warga Indonesia meninggal dunia semalam, hanya tiga hari selepas mula bekerja di sini.

Yohanes Raya, 32, seorang warga Timor Timur sedang menjalankan kerja-kerja ta-nah menggunakan traktor di Simpang 26, Kampung Pohon Batu pada jam 11.30 malam apabila dia hilang kawalan ke atas jentera itu yang terus terjunam ke kawasan gaung yang berbatu.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa didapati tidak sedarkan diri di situ kira-kira 10 meter daripada jentera itu, oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mangsa mati akibat kece-deraan serius di kepala dan dalaman,” kata Adzhar sambil menambah mayat tu dihantar ke hospital Nuckleus untuk bedah siasat. — Bernama

 

Advertisement