Anda di sini

Kerajaan negeri P.Pinang digesa beri penjelasan isu jual tanah

Advertisement

GEORGE TOWN: Seorang pesara mendakwa pimpinan kerajaan negeri tidak telus dalam pentadbiran kerana menjual tanah seluas 2.1 meter x 21.3 meter kepada seorang pemilik rumah untuk menambah struktur rumah.

Chan Eng Keat, 59, berkata kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu memberi penjelasan isu jualan tanah itu di jalan utama di Solok Samagagah, Permatang Pauh.

“Jalan utama adalah milik kerajaan negeri dan tidak mudah dijual kepada individu untuk kegunaan sendiri dan penambahan struktur rumah itu akan menyebabkan kesesakan sekiranya terdapat kejadian seperti kebakaran”, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Chan yang tinggal di kawasan tersebut lebih 30 tahun, berkata beliau kecewa kerana mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan walaupun aduan telah dibuatnya pada 2011.

Menurutnya beliau membuat aduan itu kerana jirannya telah membuat penambahan struktur rumah sehingga ke jalan utama dan terkejut apabila dimaklumkan tanah berkenaan telah dijual kepada jirannya itu oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri dan Pe-jabat Tanah negeri harus memberi penjelasan kenapa tanah di jalan utama boleh dijual begitu sahaja dan mengapa pemilik rumah itu mendapat hak istimewa,” kata Chan.

Sementara itu, penasihat Biro Perkhidmatan dan Aduan Pulau Pinang, Lim Thoon Deong berkata satu aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mac tahun ini— Bernama

 

Advertisement