Anda di sini

Dua lelaki maut motosikal bergesel lori

Advertisement

IPOH: Dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 21 Jalan Teluk Intan-Bagan Datoh di sini, malam kelmarin.

J. Kaleiselvam, 23, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan manakala rakannya A. Sasikumar, 22, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata dalam kejadian jam 10.30 malam itu, motosikal yang ditunggang Kaleiselvam secara ‘zig zag’ itu mengubah haluan dari kiri ke kanan sebelum bucu kanan lori bergesel dengan sisi motosikal.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan Mohamad Rozi Othman, 31, dan penumpangnya Wan Nurulhidayah Wan Ibrahim, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama

 

Advertisement