Anda di sini

Buruh warga Pakistan maut jatuh dari mesin pembancuh simen

Advertisement

GEORGE TOWN: Seorang buruh warga Pakistan maut selepas terjatuh dari mesin pembancuh simen di tapak pembinaan di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, semalam.

Mauzam Khan, 29, di-katakan terjatuh dari atas tangki mesin berkenaan yang dianggar setinggi 20 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.45 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata ketika kejadian lelaki itu sedang melakukan kerja membancuh simen sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh dari mesin berkenaan.

“Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini. — Bernama

Advertisement