Anda di sini

Terima baik peruntukan pembangunan dalam Bajet 2015: Masir

Advertisement

SRI AMAN:  Ahli Parlimen Sri Aman  Masir Kujat berpesan kepada rakyat terutama di kawasan Parlimen Sri Aman supaya menjadikan pembentangan Bajet 2015 sebelum ini sebagai satu berita baik.

Katanya Bajet 2015 memperuntukkan dana berbilion ringgit bagi tujuan pembangunan sama ada untuk rakyat bandar atau luar bandar di Sarawak dan Sabah.

Menurutnya, Sarawak dan Sabah masing-masing me-nerima peruntukan sebanyak RM30 bilion.

“Saya yakin jurang pembangunan antara negeri Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dapat dirapatkan lagi dengan adanya peruntukan yang diumum menerusi Bajet 2015 ini,” kata beliau.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MEMBARA Kebudayaan Malaysia 2014 di Rumah Milu Guu, Gua Dalam di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau menasihati rakyat berbilang kaum di Sri Aman agar proaktif dalam menganjur pelbagai program kebudayaan dalam kawasan masing-masing.

“Usaha ini penting agar adat resam dan kebudayaan setiap kaum dapat dipertahankan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Residen Sri Aman Hamdan Katang, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Richard Tawan Sedu, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman Whelton Lumpoi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum sekitar Sri Aman.

Advertisement