Anda di sini

Razik juara perseorangan lelaki terbuka Pertandingan Badminton Limbang

Advertisement

LIMBANG: Razik Sarbini (Limbang) muncul juara perseorangan lelaki terbuka pada Pertandingan Badminton Bahagian Limbang, 2014 di Dewan Polis di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran oleh Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) itu turut menyaksikan Yakub Mamhud (Limbang) muncul naib johan, manakala pemenang tempat ketiga bersama ialah Mohd Taufiq dan Siahad (Limbang).

Israfi Galini (Limbang) pula menjuarai perseorangan lelaki junior, tempat kedua Ardi Ali (Limbang) dan Jinoh Sinjam serta  Donny (Limbang) di tangga ketiga bersama.

Bagi kategori beregu lelaki junior, Firdaus dan  Wong (Limbang) mengungguli tempat pertama, kedua  Israfi dan  Irwan (Limbang) dan Idewan dan Juni serta  Mafin dan Isa (Limbang) di tangga ketiga bersama.

Sementara itu, Nancy dan  Yati (Limbang) menjuarai beregu wanita, Leya dan  Evelyn (Lawas) di tangga kedua dan ketiga bersama dimenangi  Norlinda dan Rampai, serta Haliah dan Norjanah (Limbang).

Kategori bergu campuran pula menyaksikan  Leya dan Firdaus (Limbang) muncul juara, naib johan Chuali dan Norlinda (Limbang) dan ketiga bersama dimenangi  Masni dan Idewan serta Norfaezah dan Affedy.

Manakala Wong Geok Siong dan  Lim Eng Kok (Limbang) memenangi kategori beregu veteran, diikuti  Moktar dan Haris (Limbang) memenagi naib johan dan ketiga bersama dimenangi Zaini, Juni, Endrick dan Sham.

Para pemenang menerima hadiah berupa raket dan pingat yang disampaikan oleh  Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sofian Mohat. Turut hadir Timbalan Pengerusi PBBL Zaini Garib.

Setiausaha PBBL Arni Kassim berkata objektif pertandingan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan badminton, selain menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat dan  mengisi kalendar aktiviti PBBL yang telah dirancang pada tahun ini.

Advertisement