Anda di sini

Pertandingan autoshow Kelab My Alza mendapat sambutan

Advertisement

Oleh Kepu Sidi //

TERBAIK: Pasukan EXC Group Projektz yang memenangi kategori Terbaik ‘Club Gathering’.

PERTANDINGAN autoshow anjuran Kelab My Alza Owner’s Sarikei baru-baru ini mendapat sambutan amat memberangsangkan.

Urusetia Penganjur, Halidi John berkata sebanyak 36 kereta mengambil bahagian dalam enam kategori yang dipertandingkan pada aktiviti ini.

“Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu kategori Terbaik Standard K-Car, Terbaik ‘Japanese Domestic Market’ (JDM), Terbaik ‘Lowerd’, Terbaik ‘Car Open’, Terbaik ‘Club Gathering’, dan Terbaik Alza.

“Bagi kategori Terbaik ‘Club Gathering’ telah dimenangi oleh EXC Group Projektz, Terbaik Standard K-Car dimenangi oleh kereta milik Maslim Zidan, Terbaik ‘Japanese Domestic Market’ (JDM) menjadi milik Mohd Safwan, Terbaik ‘Lowerd’ dimenangi oleh Albert Lau dan Terbaik ‘Car Open’ milik Syukri Zaini.

“Manakala untuk kemuncak pertandingan iaitu kategori Terbaik Alza telah menjadi milik Merdonna Agam,” kata Haildi.

Menurut Haildi lagi, semua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, piala, sijil dan hamper.

Mengulas mengenai objektif utama penganjuran aktiviti terbabit, Haildi berkata ia merupakan landasan utama penganjur untuk merapatkan hubungan antara semua pihak, khususnya antara semua kelab kereta di bahagian ini.

“Pada masa sama, ia menjadi landasan utama untuk semua pihak bertukar-tukar pendapat dan informasi berguna, khususnya yang berkaitan dengan industri permotoran.

“Peluang seumpama ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan daya kreativiti masing-masing,” kata Halidi.

Advertisement