Anda di sini

PERKIM Sibu sumbang empat ekor lembu untuk ibadah korban

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah //

TERIMA KASIH: Zaidah (tiga kiri) menghulurkan daging korban kepada salah seorang warga PERKIM.

KERJASAMA: Ibadah korban berjalan lancar dengan kerjasama anak-anak muda PERKASA.

PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu melalui Jawatankuasa Kecil Dakwah PERKIM baru-baru ini menunaikan ibadah korban dengan mengorbankan empat ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Jasmin di Sibu.

Dana untuk membeli empat ekor lembu tersebut merupakan hasil kerjasama warga PERKIM di Sibu yang mengumpul RM50 sebulan daripada setiap ahli di samping mendapat sumbangan daripada penduduk tempatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kecil Dakwah PERKIM Sibu, Sharifah Halimah Tuanku Pauzi, empat ekor lembu tersebut disembelih di masjid An-Nur.

Dua ekor lembu berkenaan diuruskan oleh ahli-ahli PERKIM di Sibu, manakala dua ekor lagi diagihkan kepada saudara di sebuah rumah panjang di Bawang Assan dan di rumah Pengerusi PERKIM Sibu, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz.

Dalam menjayakan program yang penuh keberkatan ini, warga PERKIM turut dibantu oleh Persatuan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa Sibu yang diketuai oleh Wan Hashim Tuanku Pauzi yang bersama-sama membantu warga PERKIM melapah daging korban untuk diagihkan kepada mereka yang layak.

Di samping itu, Halimah turut mengharapkan kerjasama orang ramai agar program seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan persatuan mereka pada masa akan datang.

UNTUK DIAGIHKAN: Inilah daging korban yang akan diagihkan kepada mereka yang layak.

Advertisement