Anda di sini

Penduduk pinggir bandar terima objektif GST

Advertisement

MIRI: Penduduk pinggir bandar Parlimen Sibuti menerima secara terbuka pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meskipun sebelum ini beranggapan ia membebankan mereka.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, penerangan GST telah diadakan di Bekenu dan Niah dan rata-rata penduduk memahami objektif pelaksanaan GST.

“Jika sebelum ini rakyat beranggapan pelaksaaan GST akan memberi kesan kenaikan harga ba-rangan namun selepas taklimat, mereka akhirnya faham, ia ternyata memberi banyak manfaat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ahmad Lai berkata sebelum pelaksanaan GST, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dikenakan kepada pengilang sehingga memberi kesan erhadap kenaikan harga barangan.

“Setelah diberi taklimat Kastam Diraja Malaysia, rakyat akhirnya sedar bahawa GST lebih banyak memberi manfaat dan tidak membebankan,” tegasnya.

Tambah beliau, kerajaan turut mewarta tidak kurang daripada 900 barangan dan perkhidmatan te-lah dikecuali GST.

“Justeru, mana-mana individu terlibat dalam industri makanan dan minuman yang berani menaikkan harga produk dengan alasan GST, bakal berdepan tindakan tegas,” katanya.

Seramai 2,000 pegawai pemantau harga telah dilantik di seluruh negara bagi memastikan tiada pihak terbabit mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Ahmad Lai berkata meskipun pelaksanaan GST bermula pada 1 April tahun depan, namun penerangan dan taklimat akan diteruskan bagi memastikan rakyat menerimpa sepenuhnya GST.

“Kita tidak mahu ada rakyat kurang faham mengenai GST sehingga memudahkan pihak tertentu memanipulasi imej kerajaan sedangkan GST ini lebih banyak memberi faedah,” katanya.

Advertisement