SIBU: Pasangan Desmond Ling dan Yii Ming Chii muncul juara Kejohanan Pingpong yang diadakan di Dewan Pingpong di sini baru-baru ini.
Pasangan veteran itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pasangan Nee Jing Luei dan Wong Ming Ngieng dengan kiraan mata 3-1 sebelum merangkul kejuaraan dalam kategori Terbuka Lelaki.
Tempat ketiga dan keempat pula milik Ngu Chiong Ming/Stephen Chiew dan Chieng Hock Tuong/Ngu Heng Kong.
Bagi kategori Individu Lelaki, juara disandang oleh Chua King Hua, diikuti oleh Teng Chang Hong, Wong Khing Yieu dan Shau Sing Yong.
Kesemua pemenang akan mewakili Bahagian Sibu ke kejohanan peringkat negeri yang dijadual diadakan di Miri pada 8 dan 9 November depan.
Kejohanan itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, dibantu oleh Persatuan Ping Pong Sibu.
Turut dianjurkan ialah sukan bola keranjang, bola sepak, badminton dan hoki.
Ia bertujuan mewujudkan kesedaran hidup sihat dalam kalangan rakyat selain meningkatkan lagi taraf sukan itu.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Sibu Terrance Tan.